31 Ogos 2013,Kuala Lumpur – Bertempat di Pusat Latihan Polis ( Pulapol), Jalan Semarak jam 8.30 malam YM Guru Utama & Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen telah hadir ke majlis tersebut atas undangan YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri. Turut mengiringi YM Guru Utama adalah Sdr. Roaman Mat Deli, Ketua Penerangan bersama krew Jabatan Penerangan PSSCM.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Razak, Datuk Seri Shafie Afdal, Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Shahridan Kassim, Ketua Polis Negara,Panglima Angkatan Tentera, Menteri-menteri Kabinet, wakil-wakil rakyat, pegawai dan kakitangan KDN, PDRM, ATM dan hampir 10,000 orang turut meraikan majlis itu.

Persembahan bunya api, nyanyian serta lawak jenaka disulamkan semasa pengunjung sedang menikmati jamuan.

Galleri foto di sini.

Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM