Lambang Rasmi PSSCM

Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:

Tulisan PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA – Tulisan di dalam bulatan yang mengelilingi keseluruhan lambang membawa maksud Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merupakan Pemilik Mutlak Seni Silat Cekak.

Bintang 21 – bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri.

Segemal Padi – bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat.

 

Parang Lading – Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri.

Sebilah Keris – melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia.

Tulisan Muhammad Ahmad – tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.

Komponen Warna

Seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:-

Kuning melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu

Merah melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh

Biru Tua ialah warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani

Putih melambangkan suci dan bersih

Hijau melambangkan keIslaman

Lambang di Dalam Perlembagaan PSSCM

Lambang Rasmi juga merupakan sebahagian daripada perkara penting di dalam Perlembagaan PSSCM

Cetakan Pertama (1975)

Cetakan Kedua

Cetakan Ketiga (1997)

Cetakan Keempat (2015)

Cetakan Kelima (2018)

Sebahagaian daripada kandungan Fasal di dalam Buku Pelembagaan PSSCM bekenaan Lambang Rasmi

Kronologi Lambang

Lambang Pertama Silat Cekak

(1965-1971)

Lambang Kedua Silat Cekak

(1971-1975)

Lambang Ketiga Silat Cekak

(1975-2023)

Lambang Terkini Silat Cekak

(2023-Kini)