28 Mac 2015, Bangi – Bertempat di Kompleks Tun Abdullah Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan satu seminar yang telah dianjurkan oleh PSSCMUKM. Seminar sehari ini telah dipengerusikan oleh Saudara Zaini bin Marzuki, Penyelia PSSCM UKM merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM. Dua orang penceramah dalam seminar ini terdiri dari Ar. Dr. Mastor bin Surat, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap ahli PSSCM dan En. Adnan bin Omar, Timbalan Pengarah Kampus (HEP), UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana merangkap Tenaga Pengajar PSSCM.

Program ini dirasmikan Oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah (PMW, BCM), Guru Utama dan Presiden PSSCM.

Barisan AJK Pusat yang hadir program ini adalah Datuk Paduka Rosman bin Mat Deli dan En. Roslin bin Ali Omar.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00am.

 

Foto : Jabatan Penerangan PSSCM

Facebook : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.807955255953894.1073741854.202771646472261&type=1