04 April 2013, Kuala Lumpur – Sdr Rosman Mat Deli, Naib Presiden Pesaka merangkap Ketua Penerangan PSSCM, Sdr Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM dan Sdr Roslim Abdullah, Pegawai Perhubungan PSSCM telah hadir ke pejabat YBhg Dato’ Ibrahim Ismail Ketua Pengarah Muzium Negara.

Kunjungan yang bermula jam 10.30 pagi tersebut telah mengembalikan nostalgia Dato’ Ibrahim semasa beliau mempelajari Silat Cekak pada tahun 1974 ketika berumur 22 tahun di Jalan Hj Sirat Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menceritakan ,Almarhum Ustaz Hanafi telah menguji nya semasa Ujian Sijil Rendah dan beliau telah berlatih bersungguh-sungguh dengan Almarhum Pak Wan sebagai persediaan. Kenangan beliau semasa berdemonstrasi Silat Cekak di Kuantan, Pahang serta pahit getir bersama membantu PSSCM menjayakannya.

Antara agenda utama yang diperbincangkan,


1. Meminta pihak Muzium Negara mengwujudkan sebuah Muzium Silat Melayu.

2. Memperkasakan Budaya silat Melayu dengan mengadakan pengganjuran Pameran & Busana Dunia Persilat Melayu.Juga di adakan Sayembara Silat Seni, Musik Silat,memperagakan pakaian tradisi perguruan silat,Seminar atau Diskusi Silat berbentuk ilmiah termasuk mempamerkan persembahan Guru-guru Utama Silat.

3. Memberi peluang kepada semua pertubuhan dan persatuan Silat mengadakan persembahan Silat di Muzium sebagai promosi.


YBhg Dato’ Ketua Pengarah, turut meminta Pesaka membantu bagi mempastikan setiap keperluan agenda di atas dapat diselaraskan. Sdr. Rosman Mat Deli dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Executive Summary program untuk dibentangkan semula kepada Dato’ Ibrahim.


Tahniah dan setinggi penghargaan kepada YBhg Dato’ Ibrahim di atas keperihatinan beliau terhadap perkembangan Budaya Silat Melayu.


Syukur Alhamdulillah, pertemuan tersebut telah mencapai objektif yang positif di dalam memartabatkan Budaya Silat Melayu. Bersama kita berdoa,impian untuk mengwujudkan sebuah Muzium Silat Melayu,InsyaALLAH akan menjadi realiti. Kunjung hormat selesai jam 12.00 tengahari.


Galleri foto di sini

Sumber Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM