24 Julai 2011, Kuala Lumpur – Seramai 45 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah berjaya menduduki Ujian Sijil Menengah Anugerah Guru Utama dalam sesi ujian secara teori yang telah diadakan di Sekolah Setiabudi, Gombak dan ujian praktikal yang diadakan di Rumah Persatuan PSSCM, Jalan Kent di sini.

Galleri Foto di sini

Kumpulan ini adalah merupakan pertama yang menduduki ujian tersebut. Ujian Sijil Menengah kali kedua dijangka diadakan pada pertengahan September 2011 nanti.  Sesi ujian praktikal telah disaksikan sendiri oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah.

YM Guru Utama dalam ucapannya selepas ujian tersebut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli yang berjaya menduduki ujian tersebut. Menurut beliau, ujian sijil ini merupakan satu anugerah yang diberikan kepada ahli-ahli yang layak dan banyak berjasa kepada PSSCM.

Galleri Foto di sini