4 Julai 2011, Kuala Lumpur – “The 3rd South East Asean Silat Championship 2011 Kuala Lumpur” adalah anjuran bersama Pesaka Kebangsaan dan Pesaka Wilayah Persekutuan. Kejohanan  ini  akan berlangsung di Stadium Badminton, Cheras, Kuala Lumpur pada 11-14hb Julai 2011. Kejohanan ini sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan SEA pada bulan Disember di Jakarta, Indonesia. Negara yang akan bertanding terdiri dari Malaysia, Myanmar, Vietnam, Brunei, Singapura dan Thailand.

Galleri foto di sini …


Mesyuarat Penyelarasan telah diadakan di Stadium Badminton, Cheras hari ini jam 4 petang dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Adnan bin Zakaria. Turut hadir YBhg Rosman bin Mat Deli Naib Presiden Pesaka.

Majlis perasmian kejohanan nanti akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Haji Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Pesaka diadakan pada 11 Julai 2011 jam 8.30 malam.

DIHARAP SEMUA WARGA SILAT AKAN TURUT BERSAMA MEMENUHI STADIUM BADMINTON CHERAS BAGI MENYAKSIKAN PASUKAN NEGARA KITA BERTANDING…..MASUK PERCUMA.

Galleri foto di sini …

Info Jabatan Penerangan PSSCM.