6 November 2011, Kuala Lumpur – Mohd Sallehuddin Bin Mat Lazim (25 tahun), tenaga pengajar PSSCM Kelas Jalan Kent serta mantan Yang DiPertua PSSCM UUM telah kembali ke rahmatullah jam 2.30 petang selepas terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kemensah berdekatan Zoo Negara.

Menurut saksi, motorsikal yang dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van.

Jenazah kini berada di Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani bedah siasat sebelum disembahyangkan di Surau Kuarters HKL. Jenazah akan dihantar ke kampung halaman allahyarham di Terengganu untuk dibumikan.

YM Guru Utama dan Jawatankuasa Pusat PSSCM serta ahli PSSCM di seluruh negara amat terkejut dengan berita ini dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Sama-samalah kita berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih. Amin. Al-Fatihah.

Keterangan lanjut hubungi hotline PSSCM di talian 013-2992327.

(Maklumat diterima hingga jam 6.00 petang. Maklumat lanjut akan menyusul…)

Gambar & Video dari Buletin Utama TV3 di sini ….

6.30 petang – bedah siasat dijalankan di HKL

8.30 malam – jenazah dibawa ke Surau Kuarters HKL untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan

9.30 malam  – Majlis tahlil yang diadakan di Surau Kuarters HKL dihadiri oleh lebih 50 orang ahli PSSCM. Turut bersama dalam majlis yang dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Fizol Bin Saad ini ialah YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Setiausaha Agong, Mohd Hafiz Bin Jamil serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM. Sembahyang jenazah kemudiannya diimamkan oleh Ustaz Azman Bin A.Malik.

10.00 malam – Jenazah telah dibawa ke Terengganu menggunakan van jenazah dengan diiringi oleh sahabat karib allahyarham serta ahli-ahli PSSCM.

Gambar arkib – Allahyarham semasa menjadi pengacara majlis Program Interaksi PSSCM Ibu Pejabat pada 1-2 Oktober 2011 yang lalu.