04 Feb 2014, Pulau Pinang – YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri telah hadir menyaksikan perlawanan Bolasepak Piala FA 2014 diantara PDRM FC vs PBAPP FC di Stadium Bandaraya P.Pinang. Kehadiran beliau telah merangsang semangat pasukan PDRM memenangi perlawanan tersebut berkesudahan dengan PDRM 2 PBAPP 0.

YM Guru Utama & Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut sehingga tamat waktu bersama dengan 150 orang ahli PSSCM dari PSSCM Cawangan negeri P.Pinang,Seberang Prai dan PSSCM Cawangan Kedah.

Kata YM Datuk Hj Maideen,” kita ni asyik bersilat, apa salah nya kita tenguk bolasepak pulak macam Almarhum Ustaz Hj Hanafi buat dulu”.

 

Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM