04 Ogos 2011, Bukit Beruntung – Bertempat di Ibu Pejabat PSSCM Cawangan Selangor,  Bukit Beruntung Khamis jam 9.00malam, atas saranan YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, semua PSSCM Cawangan dikehendaki menganjurkan aktiviti tersebut pada bulan Ramadhan menggantikan program Tahlil, Bacaan Yasin, Marhaban, Qasidah & Burdah yang diadakan setiap hari Khamis malam Jumaat. PSSCM Cawangan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan program tersebut.


Galleri foto di sini

PSSCM Pusat Latihan Bukit Beruntung setelah 8 tahun ditubuhkan dan pada 4 Ogos 2011 merupakan tarikh yang bersejarah apabila solat Isyak dan Solat Sunat Terawih serta Taddarus Al-Quran diadakan buat kali pertamanya secara berjemaah. Program tersebut telah disertai lebih dari 50 orang ahli termasuk 3 orang wanita.

Program tersebut dimulakan dengan Solat Isyak dan seterusnya Solat Sunat Terawih Ustaz Azizul Nizam bin Abdul Mutalib sebagai imam manakala  Sdr Azizul Naim sebagai bilal.

Selepas selesai Solat Sunat Terawih, Taddarus Al-Quran diadakan sehingga selesai jam 11.30 malam. Selain daripada dapat memberi pendedahan dan pengetahuan khusus mengenai keagamaan, aklitivti seperti ini telah dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PSSCM khasnya ahli-ahli Pusat Latihan Bukit Beruntung. Turut hadir Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Selangor, Ketua Pusat Latihan Bukit Beruntung Sdr Suhaimi bin Mohd Yunan dan Penyelia Kelas, Sdr Rosman bin Mat Deli.

Program tersebut akan diteruskan pada 11, 18 dan 25hb Ogos 2011 setiap hari Khamis malam Jumaat.

Galleri Foto di sini …