14 September 2013, Melaka – Program Sirih Pulang Ke Gagang 2.0 anjuran PSSCM Cawangan Melaka telah berlangsung bertempat di Perkampungan Hang Tuah, Sg Duyong, Melaka. Program hebat ini bermula jam 9.00 malam diadakan penuh dengan adab dan tradisi kepahlawanan zaman silam seolah-olah mengimbau semula suasana sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seramai hampir 200 orang peserta termasuk dari PSSCM Cawangan Melaka, Ibu Pejabat PSSCM, PSSCM Cawangan Pulau Pinang, PSSCM Cawangan Negeri Sembilan.

YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj Maideen telah diarak dengan menaiki sebuah tandu yang di julang oleh Pendekar PSSCM Melaka sehingga ke perkarangan Istana. Beliau diiring pula oleh Pembesar PSSCM, Sdr Roslin Ali Omar, Sdr Rosman Mat Deli, Sdr Mohd Zafri Mohd Miar, Sdr Abdul Rahman Ishak( Pak Su),YDP PSSCM Cawangan Melaka Sdr Sham Ghani dan YDP PSSCM Negeri Sembilan Hj Baharuddin Rahim.

Marhaban,Barzanzi dan Membaca Al Quran diadakan sebagai mukadimah program tersebut. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan persembahan Demonstrasi Silat Cekak termasuk dipersembahkan oleh Sdr Sham Ghani.

Ucapan Perasmian dibuat oleh YM Datuk Hj Maideen dan selepas ucapan beliau para hadirin yang hadir turut meraikan hari Ulang Tahun kelahiran YM Datuk dan Hari Ulang Tahun Perkahwinannya yang akan disambut pada 16 September 2013 iaitu Sambutan Hari Malaysia.

Tahniah kepada PSSCM Cawangan Melaka dan JK nya di atas penganjuran program tersebut.

Galleri Foto di sini 

 

Sumber berita & foto : Jabatan Penerangan PSSCM