11 Julai 2011, Petaling – Seni Silat Cekak Malaysia sekali lagi muncul secara ‘live’ di kaca televisyen tempatan menerusi slot Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 selama lebih 8 minit mulai jam 8.40 pagi.


Klik sini untuk Galleri Foto …

Klik sini untuk rakaman MHI TV3

PSSCM muncul dalam segmen terbitan TV3 ini adalah merupakan acara promosi bagi program Demonstrasi Perdana PSSCM sempena sambutan jubli perak PSSCM Cawangan Selangor yang akan diadakan pada 16 Julai 2011 ini bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali, Selangor. Dua orang pemimpin utama PSSCM yang terdiri dari En. Roslin Bin Ali Omar, Naib Presiden PSSCM dan En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM merangkap Pengerusi program demonstrasi ini antara tokoh yang ditemuramah di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

Selain dari segmen ini, Seni Silat Cekak Malaysia bakal muncul dalam slot Hello Malaysia di Bernama TV Astro Saluran 502 pada 15 Julai 2011 jam 10.00 malam.