19 November 2011, Kuala Terengganu – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia disaran mengambil peluang bersama kerajaan dalam menangani permasalahan sosial remaja masa kini. YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Negeri Terengganu dalam ucapan perasmiannya di Majlis Konvokesyen PSSCM Zon Timur di sini menyarankan agar PSSCM menyahut cabaran untuk membangunkan pelajar-pelajar yang berpotensi.

Sebagai printis, beliau menyarankan agar projek ini diadakan di tiga buah sekolah dahulu iaitu SMK Sultan Ahmad, SMK Kompleks Seberang Takir dan SMK Ibrahim Fikri.

Pada majlis ini seramai 170 orang ahli PSSCM dari zon timur yang terdiri dari cawangan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor serta beberapa orang dari cawangan Melaka dan Negeri Sembilan telah berjaya menerima sijil rendah Silat Cekak dari YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang menerima sijil rendah (kepujian).

Pada sesi petang diadakan Forum Perdana yang dikendalikan oleh Sdr. Shahrem Md. Ramli manakala ahli panel terdiri sari Sdr. Yusoff Bin Husain dan Dr. Mohd Azam Khan Bin Goriman Khan.

Galleri Foto di sini …

 

Wartawan : Admin
Jurufoto : Zainal Abidin Bin Othman