6 Mei 2016, Kuala Lumpur – PSSCM buat pertama kalinya pada hari ini melakar sejarah dengan melaksanakan sistem ujian dalam talian (E-Ujian) bagi ujian teori Sijil Rendah Selat Cekak.

Seramai 18 orang ahli dari Kelas Latihan TM muncul sebagai pengguna pertama sistem ini telah menjalani ujian yang diadakan serentak di Kolej Multimedia, Jalan Semarak di sini hari ini.

Portal E-Ujian PSSCM ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan PSSCM dan ianya sebelum ini hanya digunakan bagi ujian kelas-kelas latihan Silat Cekak yang berasaskan ko-kurikulum di universiti-universiti.

Semoga dengan pelaksanaan sistem ujian dalam talian ini akan lebih meningkatkan lagi mutu pembelajaran PSSCM khususnya ke arah merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik.