22 September 2012, Melaka – Bertempat di Dewan Besar UTeM, Program Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknikal Malaysia berlangsung dengan jayanya yang mana seramai 414 peserta telah menghadiri program tersebut. Peserta seminar tersebut terdiri daripada 22 kelas latihan PSSCM IPT seluruh negara. Program ini telah dihadiri oleh Engr. Prof. Dr. Marizan bin Sulaiman, Pen. Naib Canselor HEPA UTeM,dan Prof. Madya Dr. Zulkifli Bin Ibrahim, Penasihat 1 PSSCM UTEM.

Seawal jam 8:30 pagi, seminar ini dimulai dengan ceramah yang pertama, bertajuk “Kecanggihan Dan Wawasan Pemikiran Orang Melayu Zaman Kesultanan Melayu Melaka” yang disampaikan oleh En Adnan bin Omar, Timbalan Pengarah Kampus (HEP), UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana.

Upacara perasmian dimulai dengan ucapan aluan oleh Saudara Ahmad Faiz Bin Ahmad Azahar, YDP PSSCM Utem. Seterusnya, ucapan Encik Roslin Bin Ali Omar, Naib Presiden 1 PSSCM dan program seminar ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Latiff bin Tambi Chik, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan merangkap ADUN Teluk Mas yang mewakili YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PESAKA Kebangsaan. Beliau menyampaikan amanat YAB yang menekankan supaya masyarakat Melayu seharusnya tidak melupakan sejarah malah sentiasa berusaha dalam memelihara dan mengkaji sejarah negara kita