24 Julai 2010, Ipoh – Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan (KSMDK) Kali Ke-12 pada tahun 2010 yang bertempat di Ipoh, Perak Darul Ridzuan yang telah berlangsung dari 22 hingga 25 Julai 2010 telah menghimpunkan seramai lebih 2000 atlit dari pelbagai disiplin seperti Silat Cekak Malaysia, Silat Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia, Silat Keagungan Helang Putih, Shito-Ryu Karate, Wushu, Silambam, Taekwondo MGTF, Taekwondo ITF, Taijiquan, Goshain-Ryu Karate dan Silat Gayung Fatani.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia, Raja Di-Hilir Perak, Raja Dato’ Seri Jaafar bin Raja Muda Musa pada 23 Julai 2010 di Stadium Indera Mulia, jam 8.00 malam. Manakala Upacara Penutup telah disempurkan oleh YB Dato’ Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, EXCO Belia dan Sukan Negeri Perak yang mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Kompleks Belia dan Sukan Perak jam 8.00 malam. Negeri Perak telah muncul sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan tersebut.

Pada tahun ini PSSCM telah mempertandingan sebanyak 7 kategori yang merangkumi 62 pingat untuk direbut oleh 12 kontijen negeri. Seramai lebih 300 orang yang telah hadir untuk memeriahkan kejohanan tersebut. PSSCM telah memberi mandat kepada Kelas Pengurusan Ibu Pejabat Negeri Perak sebagai tuan rumah bagi melaksanakan program tersebut yang diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Saad selaku Pengarah Program. Pada 22 Julai 2010, jam 9.00 malam, taklimat juri telah diadakan oleh Pengerusi Pertandingan, Encik Rosman bin Mat Deli.

Pada 23 Julai 2010, upacara perasmian KSMDK Disiplin PSSCM telah disempurnakan oleh Encik Roslin bin Ali Omar, Setiausaha Agung PSSCM pada jam 10.00 pagi. Pertandingan bermula secara rasmi pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir jam 5.00 petang. Sebanyak 6 kategori telah selesai dipertandingan pada hari tersebut.

Pertandingan disambung semula pada keesokan bermula jam 10.00 pagi bagi kategori 7. Pada 12.00 tengah hari, uparaca majlis penutup kejohanan telah disempurnkan oleh Encik Safaran bin Ahmad yang mewakili YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. PSSCM Cawangan Selangor telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi julung-julung kalinya dalam tempoh 12 tahun kejohanan ini telah diadakan. Semua keputusan pertandingan amat memeranjatkan dan di luar jangkaan.

Keputusan penuh KSMDK 2010 adalah seperti berikut;

KategoriEmasPerakGangsa
Kategori 1TerengganuPerlisPerak
Kategori 2JohorSelangorNegeri Sembilan
Kategori 3Pulau PinangJohorTerengganu
Kategori 4SelangorPahangKelantan
Kategori 5Negeri SembilanPerakKedah
Kategori 6SelangorMelakaKelantan
Kategori 7SelangorNegeri SembilanWP Kuala Lumpur

 Keputusan Juara Keseluruhan 

KeputusanNegeriEmasPerakGangsa
 

Juara

 

Selangor

 

3

 

1

 

0

Naib JuaraNegeri Sembilan111
Tempat Ke-3Johor110

Sebelum majlis tersebut berakhir, YM Guru Utama telah menyampaikan ucapan melalui telefon secara langsung kepada semua yang hadir walaupon beliau berada di Kuantan, Pahang atas urusan Majlis Pengijazahan. Para hadirin terharu diatas keprihatinan YM Guru Utama dan Presiden seolah-olah beliau bersama di majlis tersebut.

KSMDK Disiplin PSSCM 2010 yang dilangsungkan tersebut boleh dijadikan sebagai kayu pengukur dalam meningkatkan kualiti persembahan demonstrasi Silat Cekak. Inilah antara hasil keberkesanan Kursus Demonstrasi yang telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan PSSCM semenjak 2 tahun yang lalu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan diatas inisiatif mereka untuk menjayakan program KSMDK kali ke-12 Tahun 2010. Ucapan terima kasih kepada urusetia pertandingan, Dewan Hakim, Ketua Juri dan juri-juri diatas kesediaan mereka memberi kerjasama untuk menjayakan kejohanan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak tuan rumah atas kesediaan menyediakan segala kemudahan bagi bersama-sama menjayakan program ini. Kejohanan ini telah berakhir dalam suasana yang meriah dan harmoni selaras dengan semangat gagasan ’Bersama dan Bersatu’.