3.10.2013 @ 11 pagi, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mencipta sejarah dengan membuka kelas latihan terkini bertempat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Lorong Haji Hussein 2, di sini.

Majlis Ijazah Asas telah disempurnakan oleh YM Guru Utama, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah. Seramai 16 orang pelajar telah diijazahkan oleh YM Guru Utama terdiri dari 10 orang pelajar wanita dan 6 orang pelajar lelaki.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Roziah bt Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Tn. Haji Shahbani Othman, Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, guru-guru sekolah, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat PSSCM serta ahli-ahli Ibu Pejabat & cawangan Melaka yang turut serta dalam satu majlis yang bersejarah ini.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini merupakan Sekolah Angkat pertama PSSCM dalam membantu kerajaan dalam membentuk sahsiah dan peribadi mulia di kalangan pelajar.

Sebaik sahaja selesai majlis ijazah, YM Guru Utama sendiri memperturunkan kaedah Silat Cekak kepada  pelajar. YM Guru Utama juga turut memperkenalkan barisan jurulatih yang akan mengajar Silat Cekak di sekolah tersebut yang terdiri dari Sdr. Roslim Abdullah (Penyelia) dengan dibantu oleh Sdr. Jaafar Jonit, Pn. Norzahrawani dan Pn. Faridah.

 

Galleri Foto di sini