21 Januari 2013, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia sekali lagi mendapat liputan siaran secara langsung Program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 dari jam 7.00 pagi – 9.00 pagi. Segmen pada hari ini sebenarnya bagi memfokuskan kepada Majlis Sambutan Maulidurrasul PSSCM, Perhimpunan Siap Siaga PSSCM dan Perasmian Dewan Datuk Haji Maiden yang akan berlangsung pada 24 Januari 2012 nanti.

Secara keseluruhannya masa yang diberikan kepada PSSCM hampir setangah jam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persembahan Silat Cekak sebagai pembuka rancangan diikuti dengan rakaman laporan sesi pembelajaran ahli-ahli PSSCM di UiTM Shah Alam yang telah diadakan pada 19 Januari 2013 yang lalu.

 

Sesi seterusnya adalah persembahan Silat Cekak serta temuramah secara langsung bersama YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Naib Presiden, En. Roslin Bin Ali Omar dan Ketua Penerangan, En. Rosman Mat Deli yang telah ditemuramah oleh Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dengan memakai uniform lengkap Silat Cekak.

Sumbangan Cek sejumlah RM10,OOO kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad telah di sempurnakan oleh Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah kepada Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Rangkaian TV Media Prima Berhad bagi membantu mangsa peperangan di Palestin. Persatuan Seni Silat Cekak mengucapkan ribuan terima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang PSSCM bersiaran. Tak lupa juga kepada ahli-ahli PSSCM yang turut hadir memberi sokongan.

PSSCM juga dimaklumkan bahawa rancangan MHI pada hari ini mendapat rating yang tertinggi dalam rekod MHI iaitu sebanyak 600,000 viewers. Tahniah diucapkan.

  
MHI TV3 21.1.2013 (bah.1)  MHI TV3 21.1.2013 (bah.2)  MHI TV3 21.1.2013 (bah.3)
Klik pada image di atas untuk menonton 

Galleri foto di sini
Foto oleh Jabatan Penerangan PSSCM