24 Januari 2013, Seremban – Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun oleh PSSCM ini adalah bertujuan untuk menyuburkan budaya selawat bagi memuji, mengasihi dan mencintai Nabi Muhammad SAW di kalangan ahli-ahli PSSCM. Pada kali ini majlis bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini diadakan peringkat kebangsaan secara  besar-besaran sempena Himpunan Siap Siaga PSSCM.

Pada sesi pagi, majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Sazarin Bin Zardomo, Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah oleh barisan kepimpinan PSSCM termasuk YM Guru Utama. Majlis pada sesi ini seterusnya diakhiri dengan ceramah khas Maulidurrasul oleh Ustaz Mohd Rusli Jamaludin.