14 Jan 2014, Gombak – Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Setia Budi di sini seramai hampir 500 orang ahli PSSCM peringkat Lembah Klang hadir memeriahkan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1435H. Majlis dimulakan dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., marhaban, barzanzi, qasidah dan burdah.

Ustaz Adli dijemput sebagai penceramah dan telah menyentuh mengenai perjuangan Rasullullah s.a.w.Ucapan penutup disempurnakan oleh YM Datuk Hj Maideen Kadirshah Guru Utama dan Presiden PSSCM.

Selepas makan tengahari, diadakan solat Zohor dan tahlil khas nya kepada Almarhumah Maimunah atau Mak Teh balu kepada Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad.

Tahniah kepada JK Penganjur yang berjaya menganjurkan majlis ini dan ucapan terina kasih Pengetua Sekolah Setia Budi, Ustaz Kaharuddin Abd Rahman.

 

Artikel & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM