27 November 2011, Tronoh – Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini bergemar dengan bacaan selawat, marhaban, berzanji dan qasidah burdah oleh lebih 700 orang tenaga pengajar PSSCM sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat PSSCM.

Majlis yang dipimpin oleh Tuan Haji Ghazali Bin Abd Rahman ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh PSSCM selepas majlis yang sama diadakan di USM Pulau Pinang pada tahun yang lalu. Pada majlis ini semua Jawatankuasa Pusat dan LPT serta Yang DiPertua PSSCM Negeri memimpin bacaan selawat, marhaban, berzanji dan qasidah burdah.

Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom, Timbalan Naib Canselor, Universiti Teknologi Petronas kemudiannya berucap merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Sambutan Tenaga Pengajar PSSCM 1433H. pada majlis yang sama juga, TNC UTP turut membuat ‘soft launch’ Buku Panduan Ibadah PSSCM 2011 yang turut diusahakan oleh Tuan Haji Ghazali Abd Rahman bersama jawatankuasanya.

Galleri Foto di sini …

 

Wartawan : Admin
Jurufoto : Zainal Abidin Bin Othman