9 Jan 2015, Kuala Lumpur – Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diadakan di Menara Kuala Lumpur  bermula  jam 8.00 malam.

Tetamu terhormat terdiri dari YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah; Penaung dan Perasmi Majlis, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim; Presiden Pesaka, YB Senator Tan Sri Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Mahaguru Silat Lincah dan Pendekar Negara, Tan Sri Datuk Wira Haji Omar Din bin Mauju; Naib Cancelor UNIMAP, Brig. Jen. Prof. Datuk Dr. Haji Kamaruddin bin Husin; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim bin Ismail; Ketua Pegawai Modal Insan Telekom Malaysia Berhad, YBhg. Dato’ Mohd Khalis Abdul Rahim; Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Ar. Dr. Haji Abd Majid bin Ismail dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pengantarabangsaan, Industri dan Perhubungan Komuniti) Prof. Dr. Abdelaziz Berghout.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YM Guru Utama Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, disusuli oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omar Din bin Mauju dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Majlis diakhiri dengan perasmian majlis dan penyampaian cenderahati.

Majlis yang dihadiri seramai 400 orang ahli PSSCM, tetamu dan jemputan khas ini adalah bertujuan meletakkan Seni Silat Cekak Malaysia ini sebagai satu seni warisan budaya ke tahap dan tempat yang tertinggi sempena 50 tahun penubuhan persatuan ini selaras dengan visi PSSCM menyebarkan ketinggian ilmu seni warisan ini ke peringkat global dalam satu abad.