7 Disember 2010, Pulau Pinang – 1 Muharram 1432H merupakan Sambutan Hari Tenaga Pengajar bagi tahun 2010 telah diadakan di Dewan Budaya, USM Induk, P.Pinang. Pada majlis ini buat pertama kalinya, Majlis Bacaan Berzanji, Marhaban dan Qasidah Burdah, telah turut dianjurkan. Majlis tersebut akan dijadikan satu kemestian pada sambutan-sambutan pada masa akan datang.

Kehadiran seramai 617 daripada 719 orang Tenaga Pengajar telah direkodkan dan ini merupakan 85.81% dari segi peratusan. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dengan sambutan yang lalu di Seberang Perai di mana 680 daripada 710 tenaga pengajar atau 90% telah direkodkan.

Surat-surat Perlantikan Tenaga Pengajar sepertimana biasa, telah disempurnakan di dalam program ini dan disampaikan melalui ketua-ketua cawangan dan ibu pejabat ataupun wakil-wakil yang berkenaan. Seramai 719 tenaga pengajar baru telah dilantik semula termasuk mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelia-penyelia kelas dan pusat latihan.

Manakala bagi Anugerah Khas Guru Utama PSSCM Tahun 2010, Saudara Abdul Karim Bin Mohd Saied telah dipilih sebagai penerimanya berdasarkan kepada peranan, tanggungjawab dan sumbangan beliau terhadap PSSCM.

YM Utama telah menyampaikan amanat beliau dan antara lain, pesanan beliau adah agar ahli-ahli khususnya tenaga-tanaga pengajar akan terus bersama-sama di dalam merealisasikan aspirasi perjuangan PSSCM.

Beliau juga sangat gembira dengan perkembangan baru berbentuk keagamaan di dalam PSSCM iaitu melalui program Berzanji, Marhaban & Qasidah Burdah. Selepas lebih setahun beliau memperkenalkannya dan dilaksanakan di seluruh Negara oleh pihak cawangan, program tersebut telah mula menampakkan hasilnya dengan baik.

YM Guru Utama juga mengharapkan setiap ahli PSSCM akan sentiasa mengekalkan perpaduan dan kesefahaman  bersama terutamanya dalam menangani cabaran dan dugaan di dalam memenuhi visi dan misi  Persatuan dan perjuangannya.

Galari Foto di sini …

Sumber dari Urusetia LPT PSSCM