29 Dis 2009, Melaka – En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM telah dilantik secara rasmi sebagai Naib Presiden 2, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dalam Sidang Agong Pesaka Kali Ke-11 yang telah diadakan di Hotel Lisbon, Jalan D Albuquerque, Melaka. Majlis perasmian sidang tersebut yang bermula jam 5.00 petang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Draf ucapan Ketua Menteri di sini.

Seramai 58 orang perwakilan yang terdiri daripada pertubuhan badan pendiri dan Pesaka Negeri termasuk Dewan Perguruan Pesaka turut hadir. PSSCM diwakili oleh En. Rosman bin Mat Deli, En. Mohd Hafiz bin Jamil, En. Zaini Bin Marzuki dan En. Reza Makhzan Bin Arifin. En. Sham Bin Ghani pula sebagai wakil PSSCM ke Dewan Perguruan Pesaka.

Dalam pemilihan jawatan, perwakilan telah sebulat suara bersetuju memilih :
1. Presiden : YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Rustam
2. Timbalan Presiden : Datuk Haji Md Sohaimi Bin Mohammed
3. Naib Presiden 1 : Datuk Haji Zubir Bin Embung
4. Naib Presiden 2 : En. Rosman Bin Mat Deli
5. Setiausaha Agong : Tn. Hj. Megat Zulkarnain Bin Datuk Haji Omardin
6. Bendahari Agong : (akan dilantik oleh Presiden)

Seramai 5 orang ahli Dewan Perguruan Pesaka telah dipilih dalam Sidang Agong ini manakala 4 orang lagi adalah dilantik secara automatik dari pendiri Pesaka menjadikan jumlahnya 9 orang.

Bermula pada tarikh tersebut, YM Guru Utama PSSCM, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah telah berkenan melantik En. Sham Bin Ghani, YDP PSSCM Cawangan Melaka sebagai Exco Pesaka mewakili Presiden PSSCM. PSSCM juga merakamkan terima kasih kepada Pesaka Kebangsaan di atas perlantikan En. Rosman Bin Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM sebagai Naib Presiden 2 Pesaka.

Antara usul yang dibangkitkan dalam sidang agong ini ialah merealisasikan silat sebagai seni beladiri negara. Sidang berakhir pada jam 7.00 malam.