28/12/2015 – Sempena Ulangtahun Ke-50 Kelahiran Semula Seni Silat Cekak Malaysia Ke Alam Nyata iaitu pada tanggal 28 Disember 1965, PSSCM telah bersiaran secara langsung menerusi slot MHI TV3 bermula jam 7.50 pagi.
Setiausaha Agong, Sdr Mohd Hafiz bin Jamil dan Penolong Setiausaha Agong, Ustaz Haji Khaharuddin Bin Abdul Rahman telah ditemuramah sepanjang sesi ini yang berlatarbelakangkan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia oleh Skuad Demo PSSCM bertempat di Dataran TV3, Sri Pentas.