11 September 2011, Johor Bahru  – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Johor Darul Takzim (PSSCM CJDT) telah dijemput oleh YBHG Pegawai Daerah Johor Bahru (PDJB) untuk menyertai Perbarisan Sambutan Hari Merdeka ke-54 peringkat Daerah Johor Bahru.

Galleri foto di sini …

Sungguhpun makluman jemputan oleh PDJB dalam masa yang singkat (2 hari), namun PSSCM CJDT berjaya juga menghantar seramai 19 orang untuk menyertai perbarisan tersebut.

Majlis ini turut disempurnakan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Jais bin Sarday. Orang-orang kenamaan seperti YBHG Datuk Bandar Johor Bahru, YBHG Ketua Polis Daerah Johor Bahru, pegawai-pegawai tadbir Negeri Johor (JCS) yang berkhidmat di Daerah Johor Bahru juga turut bersama-sama menghadiri program ini.

Berita lanjut di sini …