Kuala Terengganu, 15 Nov 2009 – Persatuan Silat Seni Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah cemerlang apabila dinobatkan penerima Anugerah Bitara sempena Majlis Makan Malam dan Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI).

PSSCM UMT turut menerima Anugerah Kelab Terbaik (Sukan dan Badan Beruniform), Anugerah Program Terbaik (Sosial), Bintang Harapan Perempuan (Nor Hazila Abdul Kadir) dan Anugerah Khas Juri sehingga melayakkan persatuan berkenaan membawa pulang Piala Bitara yang juga anugerah paling berprestij pada majlis berkenaan.

Keratan akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 20 November 2009 m.s. T5

Sinar Harian Edisi Online di http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story6012718.asp