23 Ogos 2013, Kuala Lumpur –  YM Datuk Hj Maideen bin Kadir Shah Guru Utama & Presiden PSSCM hadir di dalam program tersebut atas jemputan rasmi oleh YBhg Dato’Ibrahim Ismail Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara Malaysia bertempat di Perkarangan  Muzium Negara di sini bermula jam 3.30 petang.

Majlis tersebut di hadiri lebih daripada 450 orang kakitangan,tetamu jemputan termasuk Sdr Karim Said dan Sdr Roslim Abdullah pegawai PSSCM. Pelbagai persembahan hiburan disajikan bagi menyerikan majlis.

Dato’Ibrahim merupakan seorang ahli PSSCM yang telah mempelajari Silat Cekak pada tahun 1976 dan turut mengambil Ujian Sijil Rendah dan di uji oleh Almarhum Ustaz Hanafi.Selaku seorang Ketua Pengarah Muzium, beliau banyak membantu mempromosikan silat dengan mengadakan program persembahan demo silat di Muzium.Beliau turut memberi sumbangan idea kepada kerajaan di dalam membantu pembangunan Budaya Silat.Atas jasa nya PSSCM telah mengiktiraf beliau sebagai Personaliti PSSCM 2013 dan tercatat di dalam Buku Perayaan 48 tahun PSSCM.

Hasrat warga silat inginkan sebuah Muzium Silat  dapat di realisasikan satu masa nanti dengan bantuan oleh Dato’ KP Muzium Negara. Majlis bersurai jam 4.30 petang.

Galleri foto di sini