29 Ogos 2013, Kuala Lumpur – Setiausaha Agong PSSCM, Sdr. Hafiz Jamil, Ketua Penerangan, Sdr. Roaman Mat Deli dan Pegawai PSSCM, Sdr Roslim Abdullah telah hadir ke program Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini. Majlis yang diadakan pada tangahari itu telah dihadiri oleh lebih 5,000 orang tetamu termasuk Menteri Belia & Sukan,  YB Sdr Khairi Jamaluddin, Timbalan Menteri, Dato’M.Saravanan, KSU KBS serta pegawai-pegawai kanan KBS.

Berbagai juadah hidangan disediakan buat santapan semua termasuk satay,lemang, ketupat, mee, nasi, rendang, pelbagai kueh mueh dan minuman sejuk dan panas. 

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia turut hadir menyerikan majlis pada jam 2.30 petang.

Wakil PSSCM turut mengambil kesempatan beramah mesra dan bertemu bual dengan kakitangan KBS, Tuan Ahmad Shapawi Bin Ismail, Pesuruhjaya Sukan, Puan Hajjah Sariah Binti Hj. Shafie, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan KPPS(P),JK MOM, MSN termasuk Mantan KP KBS. 

Majlis berakhir pada jam 5.00 pm.

PSSCM merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Belia & Sukan di atas sambutan tersebut.

Galleri foto di sini 

Berita & foto : Jabatan Penerangan PSSCM