15 Nov 2018, Kuala Lumpur – Bertempat di Balai Seni Negara di sini, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah berjaya menyertai & membentangkan 5 kertas kerja seperti berikut di Persidangan “International Conference on Local Knowledge (ICLK 2018)”.

1. Peranan Seni Silat Cekak Malaysia dalam Pembangunan Seni Warisan Budaya Melayu Sepanjang Era 1965 – 1975
Shukri Janudin,
Pembentang: Shukri Janudin

2. Pakaian Seragam Latihan Seni Silat Cekak Malaysia, Busana Warisan Yang Ringkas Dan Penuh Makna: Satu Kupasan
Abdul Majid Ismail, Abdul Hafiz Ab Majid, Safiah Ahmad, Pembentang: Pn. Safiah Ahmad & Ar. Dr. Abdul Majid Ismail

3. Kepimpinan Al-Marhum Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. Ahmad dalam Seni Silat Cekak Malaysia
Abdul Majid Ismail, Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Abdul Hafiz Abdul Majid, Pembentang: Ustaz Mohd Miqdad Aswad Ahmad & Ar. Dr. Abdul Majid Ismail

4. Penjanaan Element H.E.B.A.T Menerusi Kokurikulum Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Abdul Hafiz Ab Majid, Nurul Izza Abdul Aziz, Mohd Miqdad Aswad, Hazrina Yusof Hamdani, Ab Majid Ismail, Pembentang: Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid

5. Peranan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Memartabatkan Adab Dan Adat Budaya Melayu Dalam Menyambut Kelahiran Anak
Siti Hawa M.S , Ariffin H., Pembentang: Pn Siti Hawa

PSSCM juga telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan semasa perasmian di hadapan YB Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pembentang Kertas Kerja!