15 Jun 2014, Gombak – Selesai program Pelancaran Perasmian 10 th PSSCM UniKL BMI, Dewan Gemilang, UniKL BMI Gombak, majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Sdr Che Masraden Mohamad dan ikrar “taat Setia” diketuai oleh Sdr Mohd Hafiz Jamil Setiausaha Agung PSSCM.

YM Datuk Hj Maideen Guru Utama & Presiden PSSCM telah membuat ucaptama dan merasmikan program tersebut. Beliau sudi bersama bersilat bersama dengan anak-anak muridnya termasuk Ahli Jawatan Kuasa Pusat, Ahli LPT dan YDP PSSCM Negeri. 

Barisan Pemegang Parang Lading seramai hampir 35 orang telah mempamirkan persembahan Parang Lading diketuai oleh Sdr Safaran Ahmad, Pengerusi Persilatan PSSCM.

Sebelum majlis berakhir YM Datuk Hj Maideen telah menyampaikan amanat kepada seluruh kepimpinan PSSCM agar bersama dan bersatu bagi mencapai matlamat yang telah ditinggalkan oleh Guru-guru PSSCM sebelum nya.

Majlis pada tersebut berjalan dengan jayanya. Selaku Pengarah Program, Sdr. Rosman Mat Deli mewakili Jawatan Kuasa Pengganjur, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Dr Badri, YM Datuk Hj Maideen, Kepimpinan PSSCM peringkat kebangsaan dan negeri, tenaga pengajar, ahli-ahli PSSCM dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Beliau berharap semoga program ini akan dilaksanakan lagi pada tahun-tahun hadapan.