Bukit Jalil (5 Julai 2009) – Jabatan Penerangan PSSCM dengan kerjasama KBS sekali lagi telah bersama-sama menjayakan Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) yang ke-8 yang diadakan di Dataran Remaja, Bukit Jalil. Seramai 106 orang ahli PSSCM yang hadir adalah dari kelas latihan serta IPTA/IPTS dari sekitar Lembah Klang. Turut bersama ialah ahli-ahli dari cawangan Negeri Sembilan dan juga Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak. Setiap ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat satu format demonstrasi.

Sdr. Safaran Bin Ahmad, Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) dan AJK Pusat PSSCM, memberi komentar terhadap persembahan setiap kumpulan di samping memberikan ucapan penutup bagi program PLBC kali ke-8 ini.

Diharap ahli-ahli semua bersama-sama meramaikan program seperti ini di masa akan datang dan memberi komitmen yang lebih bagi meningkatkan kemahiran serta memperkenalkan Seni Silat Cekak melalui demonstrasi.