Bukit Jalil, Kuala Lumpur – Menyahut seruan kerajaan khasnya Kementerian Kebudayaan dan Sukan seramai lebih 150 ahli PSSCM Lembah Klang telah bersama-sama menjayakan Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) ke-7 yang diadakan di Dataran Remaja, Bukit Jalil.


Kehadiran Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, selaku Naib Presiden PSSCM dalam ucapannya telah menyuntik semangat ahli-ahli untuk terus bersama di dalam persatuan.