17 Mei 2012, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah dijemput oleh Perbadanan Muzium Negara bagi menjayakan lagi Majlis Pelancaran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Muzium Negara di sini.

Galleri foto di sini …

Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Bin Sultan Haji Ahmad Shah sebagai mewakili ayahanda baginda KDYMM Sultan Pahang.

Seramai lima orang pesilat Cekak telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan bagi menyambut keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim serta timbalan. YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah turut sama hadir sebagai tetamu khas. Seramai 15 orang Jawatankuasa Pusat serta pegawai PSSCM turut hadir ke majlis tersebut.

Selesai majlis pelancaran, YM Guru Utama & Presiden PSSCM mengiringi Tengku Mahkota dan tetamu khas melawat pameran di ruang pemeran muzium.

Galleri Foto di sini …