Assalamualaikum wrh.wbr.kth.

Yang saya kasihi ahli-ahli PSSCM sekelian,

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak 1438H yang bakal menjelang ini, saya dan isteri serta ahli keluarga, ingin memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf, di atas sebarang salah silap saya samada yang saya sedari atau tidak sedari, samada yang saya sengaja atau tidak sengajakan, iaitu dalam tempoh sepanjang hampir lapan tahun saya memimpin persatuan dan menjalankan amanah perjuangan ini.

Saya dan isteri serta ahli keluarga, dengan rendah diri memohon ampun dan maaf daripada seluruh ahli-ahli PSSCM di seluruh negara samada yang mengenali atau tidak mengenali saya.

Sekian ,terima kasih.

Mohon Ampun dan Maaf Zahir & Batin.

DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Guru Utama & Presiden
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia