Assalamualaikum wrt. wbt.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Sesungguhnya tiada Yang Maha Besar selain Allah swt Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui segalanya.

Pada bulan Syawal ini kita bersama-sama menyambut aidilfitri setelah sebulan menjalankan ibadat puasa iaitu bulan latihan untuk kita memperhambakan diri kepada Allah swt. Diharapkan amalan dan ibadat yang mampu kita lakukan pada bulan Ramadhan tersebut kita dapat terus melakukannya pada bulan-bulan yang lain agar kita dirahmati dan diredhai Allah swt.

Tanggal 1 Syawal, bersama-samalah kita bertakbir, bertahmid sambil memuji kebesaran Allah swt. serta berselawat kepada Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Saya mendoakan agar semua ahli dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang dan selamat sampai ke destinasi yang dituju serta selamat pulang kembali dengan selamat. Jagalah adab sepanjang bulan Syawal yang mulia ini supaya kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Pada bulan yang mulia ini juga kita wajiblahlah memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan kepada guru-guru serta ibu bapa kita dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana masa inilah masa yang paling sesuai kita memohon kemampunan dan kemaafan. Begitu juga kita bermaaf-maafan diantara ahli-ahli Silat Cekak khususnya dan sesama umat Islam amnya agar kesilapan kita sesama manusia dapat dihapuskan.

Di dalam kesempatan ini juga saya dan isteri ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua ahli PSSCM di atas kesilapan yang kami lakukan samada sedar atau tidak sedar. Akhir kata “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin”.

DATUK HAJI MAIDEEN BIN KADIR SHAH
Presiden & Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

1 Syawal 1431H