# Perutusan & Ucapan Aidil Fitri dari JKP, YDP, LPT dan ahli-ahli PSSCM di sini
https://www.youtube.com/…/UCHZBfRmDBWf8vEaFwp9cMdg/videos

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Sempena sambutan hari raya yang akan sama-sama kita rayakan pada 1 Syawal nanti, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada seluruh ahli-ahli Silat Cekak yang akan bergerak ke kampung di seluruh negara ataupun di mana sahaja supaya kita berhati-hati dalam perjalanan mudah-mudahan Allah berikan keselamatan dan sampai ke tempat yang kita dituju.

Saya juga mengharapkan supaya kesempatan bulan Syawal ini  kita ambil supaya kita dapat memohon kemaafan ampun dan maaf kepada kepada kedua ibu dan bapa kita, kepada keluarga kita, kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat kita sesama umat islam mudah-mudahan dengan datangnya Syawal ini akan dapat menghapuskan segala salah silap yang pernah kita lakukan sepanjang tahun ini.

Saya menyeru kepada ahli-ahli Silat Cekak semoga berhati-hati dan sentiasa ingat bahawa kita ada banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu kita teruskan dan mudah-mudahan dengan 1 Syawal ini akan dapat memberikan azam baru kepada kita atas kejayaan yang telah kita lalui sepanjang bulan Ramahdan. Semoga ibadah puasa yang kita lalukan itu akan mendapat keberkatan dan Allah kurniakan ganjaran. mudah-mudahan Allah kurniakan kita Lailatul Qadar.

Saya juga doakan semua ahli-ahli Silat Cekak sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

# Perutusan & Ucapan Aidil Fitri dari JKP, YDP, LPT dan ahli-ahli PSSCM di sini https://www.youtube.com/…/UCHZBfRmDBWf8vEaFwp9cMdg/videos