12 Disember 2009, Kuala Selangor – Pertandingan Persembahan Karnival Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 disertai oleh sebanyak 32 pasukan dari 26 buah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Daripada penyertaan tersebut, sebanyak 9 pasukan adalah terdiri daripada penyertaan kategori Puteri dan 23 adalah Putera.

Pertandingan yang bermula pada jam 12 tengahari dijalankan secara serentak dengan tiga petak pertandingan. Pasukan yangn bertanding mempamerkan kehebatan tersendiri dengan idea-idea baru yang bernas berpandukan format pertandingan yang disediakan.