5 Nov 2013, Seremban – Pada hari ini, bersamaan 1 Muharam 1435 Hijrah satu lakaran sejarah dalam Alam Persilatan Melayu telah dicatatkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) apabila persatuan ini telah selesai mengadakan “Istiadat Pertabalan Guru Utama ke-3, PSSSCM di Dewan Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan. Ianya juga merupakan satu lagi lembaran baru dalam meneruskan perjuangan YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad dengan penganjuran majlis istiadat ini.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk YM Guru Utama PSSCM Datuk Haji Maiden Bin Kadir Shah dan isteri dengan penuh adab dan istiadat seakan majlis pertabalan raja-raja. Turut hadir YB Dato’ Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, wakil-wakil perguruan persilatan seperti dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Maalysia serta wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan jam 10.15 pagi tersebut dihadiri lebih 1000 ahli PSSCM dari seluruh Malaysia bersama-sama meraikan majlis pertabalan tersebut. Pada tahun-tahun seblum ini, Sambutan Maal Hijrah diisikan dengan alunan Zanji dan Marhaban pada sebelah pagi dan Hari Tenaga Pengajar pada sebelah petang.

Satu sidang media diadakan bersama wakil-wakil media menjelaskan tujuan Majlis ini diadakan bukan untuk bermegah-megah tetapi meletakkan ‘standard’ yang tinggi sama dengan institusi beraja penuh dengan adab, tertib dan istiadat.

PSSCM juga turut menyiarkan secara langsung majlis istiadat pertabalan ini melalui ‘live streaming’ di laman web rasmi PSSCM.

Laman Khas Istiadat Pertabalan

Galleri foto Istiadat Pertabalan Guru Utama

Galleri foto Sambutan Maal Hijrah & Perjumpaan Tenaga Pengajar

 

Sumber Jabatan Penerangan PSSCM

Sila like dan kongsi artikel ini:
Facebook
Twitter
Visit Us
Follow Me
YouTube
YouTube
Instagram