21 Mei 2011, Kuala Lumpur – PSSCM Ibu Pejabat telah berjaya mengadakan Majlis Perjumpaan Ahli Ibu Pejabat. Majlis yang bertujuan bagi memilih seramai 20 orang perwakilan ke Mesyuarat Agong Perwakilan PSSCM ke 39 yang akan diadakan pada 25 Jun 2011 ini. Majlis yang dihadiri oleh seramai 82 orang ahli berdaftar PSSCM Ibu Pejabat itu telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Pentadbiran PSSCM di Jalan Kent di sini.

Majlis perjumpaan ini telah dirasmikan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah. Dalam ucapan perasmiannya, Guru Utama mencadangkan agar PSSCM pada masa-masa akan datang menggunakan fasiliti sedia ada di premis-premis persatuan sama ada di Pusat ataupun cawangan bagi menjalankan sebarang aktiviti persatuan.Turut hadir ke majlis perjumpaan ini adalah Setiiausaha Agong PSSCM, Rosli Ali Omar, Bendahari Agong, Anuar Aziz @ Abdul Aziz, Ketua Penerangan, Rosman Mat Deli serta ahli-ahli jawatankuasa pusat PSSCM.

Pada majlis tersebut, ahli mesyuarat sebulat suara untuk memberi mandat kepada jawatankuasa pusat PSSCM untuk memilih seramai 20 orang ahli PSSCM Ibu Pejabat sebagai perwakilan ke MAP 39 nanti.