Perhimpunan Rakan Wajadiri Kebangsaan 2009 di adakan pada 27 jun jam 8.00 malam di Stadium Sultan Abdul Halim melibatkan seramai 3,000 orang peserta. Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Sdr Taqiuddin bin Yusof di beri mandat oleh KBS untuk membaca ikrar Peserta SMD. Seramai 40 ahli dari Caw P.Pinang,Kedah,Perak dan Perlis telah mewakili PSSCM di bawah pimpinan Sdr. Azizul Azim B. Abd Mutalib mempersembahan demo semasa program tersebut.  

Sebanyak 16 Persatuan/ Pertubuhan telah menjayakan persembahan demonstrasi seperti berikut Gayong Fatani, Gayong Malaysia, Silat Lincah,  Helang Putih Malaysia, Taekwando Global Malaysia, Wushu, Silambam, Taekwando Antarabangsa Malaysia, Shito-Ryu Karate-Do, Tang Soo Do Malaysia, Aikido Malaysia, Tempur Tanpa Senjata ATM, PDRM, Tomoi Daerah Kota Setar dan Muay Thai Jitra Kedah.

Jabatan Penerangan PSSCM berharap pada tahun depan sebanyak 7 kategori atau 10 kategori akan dipertandingkan. InsyaALLAH