17 April 2013, Putrajaya Bertempat di Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya, YAB Perdana Menteri  telah menjemput semua Persatuan Seni Budaya termasuk Seniman, Gafim, Gapena, Pesaka dan lain-lain ke Majlis Ramah Mesra di kediaman beliau. Lebih daripada 400 orang telah hadir termasuk penerbit filem Datuk Yusuf Haslam, David Teo, Norman KRU, Siti Norhaliza, kumpulan Senario dan sebagainya.Suasana dewan besar begitu gamat dengan laungan 1Malaysia, Hidup Najib, Hidup BN apabila YAB PM & isteri mula memasuki perkarangan dewan. Semua para hadirin bangun menghormati beliau selaku Pemimpin Negara kita.

Turut hadir, wakil Pesaka YBhg Rosman Mat Deli, Naib Presiden Pesaka merangkap Ketua Penerangan PSSCM, YBhg Mohd Hafiz Jamil, Setiausaha Agung PSSCM, YBhg Zaini Marzuki, Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan & Undang-undang Pesaka merangkap Pengerusi Jabatan Perundangan PSSCM, YBhg Roslim Abdullah Pegawai Perhubungan PSSCM, Krew AVD JP PSSCM Jamil & Mazlan Rosman.

Majlis di mulakan dengan ucapan Sdr Zed Zaidi Presiden Seniman. Di dalam ucapannya, beliau meminta YAB PM memberi bantuan Dana untuk penerbitan filem, royalti pelakun filem & drama, mengawal selia kemasukan artis luar negara, memohon kad diskaun untuk semua pengiat seni dan lain-lain lagi.

YAB Perdana Menteri didalam ucapannya telah mengumumkan berbagai insentif kepada pengiat seni termasuk penerbitan filem. Beliau akan mengkaji semula dasar-dasar yang telah dibuat agar ia lebih realistik.

Walaupun tiada sebarang perkhabaran yang mengembirakan berkaitan dengan Silat namun Kertas Cadangan Pesaka  bertajuk “Silat Sebagai Ilmu Pembangunan Modal Insan” telah disampaikan kepada YAB Perdana Menteri.

Berita & Foto : Jabatan Penerangan PSSCM