15 April 2012, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diberi penghormatan khas oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Ibrahim Bin Ismail bagi mengadakan perbarisan menyambut ketibaan DYMM Yang di-Pertuan Agong XIV, Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, ke majlis perasmian Pameran Raja Kita bertempat di Istana Negara Lama.

Seramai 20 orang panglima dengan 4 orang pembesar yang diketuai oleh Pengerusi Persilatan, Sdr. Safaran Bin Ahmad telah bersedia di Istana Negara Lama seawal jam 8.30 pagi. Jawatankuasa Pusat PSSCM adalah terdiri dari Sdr. Rosman Mat Deli, Tn. Hj. Mohd Fizol Bin Saad dan Sdr. Sazarin Bin Sardomo. ‘Panglima’ PSSCM ditempatkan di bahagian hadapan sekali iaitu di pintu masuk Istana Negara Lama..

YM Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah dan isteri, Datin Hajjah Roznida Bin Ali Omar turut hadir ke majlis bersejarah ini.

Selain dari PSSCM, turut dijemput bagi menyambut ketibaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong adalah Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia dan murid-murid sekolah.

Pameran Raja Kita ini berlangsung di Istana negara Lama dari 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 dan terbuka kepada orang ramai. Masuk adalah percuma. Pameran koleksi peribadi DYMM Agong seperti pakaian, cenderahati dan sebagainya.

Galleri Foto di sini …