Kuala Terengganu – Majlis Perasmian Sambutan 44 Tahun PSSCM yang bertemakan Budaya Penyatu Ummah diadakan secara gilang-gemilang dengan penuh adat istiadat persilatan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Tuan Haji Ismail Bin Omar, Timbalan Dekan Akademik Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi UMT sebagai mewakili Yang Berbahagia Prof. Dr. Aziz Bin Deraman, Naib Canselor UMT.

Majlis gilang-gemilang ini dimulai dengan perarakan masuk Jawatankuasa Pusat dan Ahli LPT PSSCM diikuti dengan para penerima sijil. Seterusnya perarakan masuk tetamu khas dengan diiringi oleh barisan ‘panglima’ yang segak dengan pakaian istiadat.

Pengerusi Program, Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah dalam ucapan aluannya amat menghargai dan berterima kasih khususnya kepada perasmi amnya dan Naib Canselor UMT serta Universiti Malaysia Terengganu khasnya dalam membantu menyediakan prasarana dan bekerjasama dalam menjayakan program sambutan ini.