12 Dis 2009, Kuala Selangor – Majlis Perasmian Kejohanan Wajadiri IPT Kebangsaan Kali Ke-3 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raduan Che Ros, Penasihat Khas Kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai mewakili Y.B. Menteri.

Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah 500 UiTM Puncak Alam turut dihadiri oleh Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor, UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk perasmi dan tetamu khas diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku.

Sdr. Saffwan Ruslan selaku Pengarah Program merangkap YDP PSSCMUiTM dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada PSSCM Pusat kerana memberi kepercayaan kepada PSSCMUiTM Kampus Puncak Alam menganjurkan karnival wajadiri kali ke-3 ini.