27 Mac 2011, Kuala Lumpur (sumber Kosmo) – AKSI. Tujuh persatuan seni mempertahankan diri menyertai Malam 1000 Pendekar yang berlangsung di Tasik Titiwangsa malam tadi.

Antara persatuan yang menyertai acara tersebut ialah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Persatuan Wushu Kuala Lumpur, Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia dan Persatuan Seni Silat Gayung Patani.

Acara yang menghimpunkan ratusan adli seni mempertahankan diri itu merupakan satu program Karnival Belia Gemilang 1Malaysia yang bermula kelmarin.

Pada acara tersebut, kesemua persatuan berkenaan memberikan tempoh lapan minit bagi menunjukkan demonstrasi seni mempertahankan diri masing-masing.