2 Julai 2011, Kuala Lumpur – Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dalam satu kenyataan hari ini telah membuat arahan melarang ahli-ahlinya melibatkan diri dalam apa jua aktiviti perhimpunan haram khususnya pada 9 Julai 2011. Pihak PSSCM tidak bertanggungjawab di atas penglibatan mana-mana ahli dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Dengan itu juga semua bentuk aktiviti PSSCM sama ada aktiviti persatuan mahupun persilatan termasuk latihan-latihan di kelas-kelas latihan di Lembah Kelang pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 hendaklah dibatalkan.

Begitu juga dengan aktiviti Sambutan Israk Mikraj peringkat pusat yang bakal diadakan Dewan Besar UTM Jalan Semarak pada tarikh tersebut, 9 Julai 2011 bersamaan 7 Syaaban 1432H (Sabtu) juga dibatalkan dan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Namun begitu PSSCM di luar Lembah Kelang boleh meneruskan aktiviti PSSCM seperti biasa.