15 Jun 2014, Gombak – Bertempat di Dewan Gemilang UniKL BMI Gombak bermula jam 8.30 pagi, Program Latihan Bersama Guru Utama PSSCM Kali Ke 2 Sempena Pelancaran Perasmian 10th PSSCM UniKL BMI mendapat sambutan yang luarbiasa. Lebih daripada 700 orang peserta dari seluruh PSSCM Cawangan Negeri, Lembah Kelang dan PSSCM IPT telah hadir bagi menjayakannya. Program yang pertama telah dilangsungkan di UIAM Gombak pada tahun 2010 dan menghimpunkan seramai 450 orang.

Pada jam 10.30 pagi, Pelancaran Perasmian 10th PSSCM UniKL BMI telah disempurnakan olehYBhg Prof Dr.Badri Abu Bakar, Dekan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL-BMI). Turut hadir ke majlis tersebut YM Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM, Pembesar PSSCM, Ahli Jawatan Kuasa Pusat PSSCM, Ahli LPT dan YDP PSSCM Cawangan Negeri.

Prof Dr.Badri didalam ucapannya turut menyebut mengenai software & hardware iaitu pembangunan rohani dan jasmani manusia. Beliau menyokong sebarang pengganjuran aktiviti yang menjurus kepada pembangunan modal insan dan soft skill di kalangan pelajar universiti dan masyarakat umum. 

Seramai 9 orang Mantan Penyelia Kelas, YDP & NYDP PSSCM UniKL BMI telah anugerahkan Sijil Penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat di UniKL BMI. Turut menerima sijil penghargaan terdiri daripada 36 buah kelas latihan PSSCM di Lembah Kelang termasuk PSSCM Cawangan Negeri. 

Persembahan silat seni dari Pusat Latihan Cheras dan Pasukan Demo wanita telah menceriakan suasana majlis. Program tersebut berehat seketika pada jam 11.30 am dan disambung dengan Program Bersama Guru Utama PSSCM.