21 Ogos 2010, Kuala Lumpur – Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) PSSCM, Nordin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 1 petang dalam usia 45 tahun. Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak, seorang lelaki dan empat perempuan.

Terdahulu dari itu, beliau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulan setelah tidak sedarkan diri semasa bertugas di Wisma Yakin di sini. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak selepas solat Terawih.

Presiden & Guru Utama PSSCM serta ahli-ahli PSSCM seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang solih, Amin. AL-FATIHAH.