Oleh : Mohamad Taufiq Bin A. Aziz 

Alor Setar (28 Jun 2009) – PSSCM Cawangan Melaka unggul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009 kategori PSSCM yang berlangsung dari 25-28 Jun 2009. Pasukan Melaka memperolehi pingat emas bagi Kategori 1 manakala pingat perak bagi Kategori 2.

Kejohanan tiga hari itu yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dan PSSCM Cawangan Kedah telah berlangsung di Dewan Gemilang, Darul Aman Golf, Jitra. Sebanyak 12 cawangan PSSCM negeri telah terlibat serta mewakili Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri masing-masing.

Pada tahun ini Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 25 sehingga 28 Jun 2009 telah berlangsung di pelbagai lokasi sekitar Alor Setar. Persatuan yang terlibat di dalam acara ini adalah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Pertubuhan Seni Gayong Fatani Malaysia, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih Malaysia, Persekutuan Taekwando Global Malaysia, Persatuan Wushu Malaysia, Persatuan Silambam Malaysia, Persekutuan Taekwando Antarabangsa Malaysia, Persatuan Shito-Ryu Karate-Do Malaysia, Persatuan Tang Soo Do Malaysia, Persatuan Aikido Malaysia, Cawangan Tempur Tanpa Senjata ATM, Majlis Sukan PDRM, Persatuan Seni Silat Tomoi Daerah Kota Setar dan Persatuan Muay Thai Jitra Kedah.

Bagi kategori PSSCM, Majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang di dalam peratandingan telah diadakan pada 27 Jun 2009 jam 3.00 petang. Keputusan penuh bagi kejohanan tersebut adalah seperti berikut;

Kategori 1 – Senaman Cekak dan Buah Jatuh
Tempat Pertama (emas) : Melaka
Tempat Kedua (perak) : Pahang
Tempat Ketiga (gangsa) : Kedah

Kategori 2 – Adegan Tempur Sepasang
Tempat Pertama (emas) : Perak
Tempat Kedua (perak) : Melaka
Tempat Ketiga (gangsa) : Pahang

Kategori 3 – Adegan Umum Tangan Kosong
Tempat Pertama (emas) : Selangor
Tempat Kedua (perak) : Kuala Lumpur
Tempat Ketiga (gangsa) : Negeri Sembilan

Kategori 4 – Adegan Bermuzik
Tempat Pertama (emas) : Kuala Lumpur
Tempat Kedua (perak) : Negeri Sembilan
Tempat Ketiga (gangsa) : Kelantan

Kategori 5 – Adegan Praktikal
Tempat Pertama (emas) : Kelantan
Tempat Kedua (perak) : Johor
Tempat Ketiga (gangsa) : Negeri Sembilan

Juara Keseluruhan : Melaka

Pada sebelah malamnya, Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2009 dan Perhimpunan Rakan Wajadiri Rakan Muda telah diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah. Acara yang penuh gemilang itu turut melibatkan semua badan peratuan/pertubuhan yang mengambil bahagian.

Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian & Asas Tani. Majlis itu juga adalah merupakan perhimpuan kesemua badan persatuan/pertubuhan Rakan Wajadiri Rakan Muda. Ikrar juga telah dibacakan ketika perhimpunan itu oleh Saudara Taqqiyuddin.

Semoga melalui program ini dapat memberi kebaikan kepada perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia samada di kalangan masyarakat ataupun oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.