31 Disember 2012, Kuala Lumpur – Meriah dan istimewa. Itu yang dapat diungkapkan sempena Majlis meraikan penganugerahan Darjah Seri Melaka (DSM) kepada Encik Rosman Mat Deli, Ketua Penerangan PSSCM, dan Majlis Pelancaran Biro Wanita PSSCM peringkat Lembah Kelang pada malam tahun baru di Kelas Latihan Ibu Pejabat Jalan Kent. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YM Guru Utama PSSCM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah serta isteri beliau Datin Hajah Roznida Binti Ali Omar dan barisan kepimpinan tertinggi PSSCM. Seramai 389 orang ahli dari pelbagai kelas latihan sekitar Lembah Kelang juga turut hadir bersama-sama ahli keluarga bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itua dalah bertujuan untuk meraikan penganugerahan Darjah Seri Melaka (DSM) yang telah dikurniakan kepada Encik Rosman bin Mat Deli pada 11 Disember yang lalu oleh kerajaan Negeri Melaka. Selain itu juga, majlis tersebut diadakan untuk merasmikan dan melancarkan Biro Wanita PSSCM peringkat Lembah Kelang yang barusahaja ditubuhkan di bawah Jabatan Penyelidikan PSSCM.Menurut Pengerusi Biro Wanita, Puan Rozidah Abdul Wahab dalam ucapannya, beliau berharap penubuhan Biro ini dapat membantu melicinkankan perjalanan persatuan dan melengkapkan keperluan ahli-ahli khususnya dalam aspek wanita dan keluarga.

Majlis yang berkonsepkan “santai” dimulakan dengan menikmati jamuan yang di sediakan oleh semua kelas latihan yang terlibat.Dalam ucap tama perasmian olehYM Guru Utama, beliau banyak menekankan kepada ahli-ahli supaya sentiasa bersatu dan bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang mungkin terjadi. YM Datuk juga menasihati ahli-ahli supaya lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan budaya luar yang negative dan tidak bermoral yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini khususnya golongan remaja. Beliau juga menegaskan agar Biro Wanita yang ditubuhkan ini dapat menjadi platform dan tempat rujukan kepada ahli-ahli wanita PSSCM khususnya ahli-ahli dari IPTuntuk bergiat lebih aktif. Selain itu, YM Datuk juga berharap agar PSSCM dapat menjadi sebuah paying kepada semua ahli sebagai sebuah keluarga yang besar pada masa kini dan generasi yang akan datang. Majlis tersebut berakhir pada jam 1.00 pagi.

Jawatankuasa Biro Wanita PSSCM Peringkat Lembah Kelang:

  1. Penaung          : Datin Hajah Roznida Binti Ali Omar
  2. Pengerusi        : Puan Rozidah Binti Abdul Wahab
  3. Timbalan          : Puan Faridah Binti Abu Bakar
  4. Setiausaha       : Puan Noor Zahrawany Binti Salleh
  5. Bendahari         : Puan Robiah Binti Mat Yasin
  6. AJK                 : Puan Norizan Binti Ismail
  7. AJK                 : Puan Farimah Binti Haji Idon

 

Galleri foto di sini …